~ PERMOHONAN PENCALONAN ANUGERAH INOVASI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)~

Anugerah Inovasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (AIJKM) dianjurkan oleh Jabatan sempena dengan Majlis Hari Inovasi Jabatan Kebajikan Masyarakat yang disambut setiap tahun. Ini adalah selaras dengan agenda transformasi negara yang berpaksikan penghasilan mutu perkhidmatan yang berinovatif dan kreatif.
 
Anugerah ini terbuka kepada semua Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri/ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Labuan (JKMN/WPKL/Labuan), Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan (PKMD/B/J) dan Institusi Kebajikan.
 
Pencalonan bagi Anugerah Inovasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (AIJKM) 2018 dibuka mulai 1 Mac 2018 (Khamis) dan akan berakhir pada 30 Mac 2018 (Jumaat).
 
Garis Panduan bagi enam (6) kategori AIJKM 2018 boleh diperolehi melalui pautan seperti yang berikut:
 
       1. Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
 
       2. Anugerah Inovasi Sosial (AIS)
 
       3. Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT)
 
       4. Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK)
 
       5. Anugerah Inovasi Pengurusan Institusi Kebajikan (AIPIK)
 
       6. Anugerah Inovasi Pengurusan Perhubungan Pelanggan (AI3P)
 
Berikut pula adalah Nota Taklimat dan Lampiran B Syarat-syarat Penyertaan Anugerah Inovasi JKM 2018